بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
♫❤♫❤♫❤.•*¨`*•..¸♥☼♥ ¸.•*¨`*•.♫❤♫❤♫❤
gadis-gadis manis di luar sana.. ini.. untuk anda.. ikhlas dari hati seorang gadis..
saudariku,
korang mesti pernah membaca atau came across blogs yang menegur cara bertudung
and menutup aurat.. kan? saya selalu sangat terjumpa blog dengan entri-entri teguran
ni.. dan.. hampir semuanya ditulis oleh wakil dari golongan Adam.
sisters,
secara jujurnyalah.. apa perasaan korang dengan teguran-teguran ni? berdasarkan
komen yang saya baca dari blog-blog terlibat, ada yang menerima..tapi tak kurang
jugak yang melenting dan marah.. kenapa?
sayang-sayang sekalian,
mereka menegur kerana mereka SAYANG.. mereka juga saudara kita.. mereka risau,
mereka ambil berat.. hukum Allah itu bukan mainan kan? sama seperti menyelamatkan
orang yang lemas, mahupun menolong orang yang kehausan, itulah yang sedang
mereka cuba lakukan.. tak salah.. maka jangan marah.. tapi, cuba tengok diri kita.
. dan fikirkan soalan ni.
.
kenapa?
kerana mak suruh? ayah suruh? ustazah suruh? ikut majoriti? mengikut fesyen semasa?
atau..
kerana MENJALANKAN SURUHAN AGAMA? dan KERANA ALLAH?
my girls,
korang mesti pernah dengar hikmahnya ALLAH suruh kita bertudung dan
melabuhkannya kan?
Firman Allah yang bermaksud: "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Ahzab, ayat 59).
dulu masa kat sekolah, ustad saya pernah bertanya kepada para pelajar lelaki sewaktu
dalam kuliah maghrib.
ustad : yang mana satu akan korang ganggu, perempuan yang bertudung sempurna,
atau yang menunjukkan aurat mereka?
korang mesti tau jawapannya kan? yep.. true.. those without proper hijab are prone
to be disturbed by them.
adakah untuk mendapatkan perhatian kaum mereka maka ramai gadis-gadis manis
mengetepikan hukum yang satu ini? tanya diri masing-masing saudari-saudariku..
gadis cantik sekalian,
lelaki mempunyai hanya 1 nafsu.. korang pasti tahu apa yang saya maksudkan.. setiap
apa yang ada pada perempuan, tak kira rupa, badan, suara mahupun tingkah laku
kita,
mampu menjadikan nafsu yang satu itu tak tentu hala.. korang faham maksudnya?
mereka tersiksa diasak dengan apa yang wanita lakukan.. lelaki yang baik berperang
dengan nafsu masing-masing.. NAMUN!! ada juga yang kecundang.. makanya
berlakulah perbuatan keji yang dibenci setiap wanita.. malah dibenci oleh setiap
manusia normal yang lain..saya tak sanggup untuk menyebut apa.. saya yakin anda
memahaminya..
lalu, siapa yang salah?
wahai puteri-puteri Islam,
saya juga gadis biasa yang pernah lalai tentang isu ini. yang pernah tolak tepi
kepentingan syariat ini. tapi. akan sentiasa ada ruang untuk kita memperbaiki diri..
betul kan?
hari ini, masih ramai yang tak tahu dan buat-buat tak tahu tentang pemakaian dan
hari ini, masih ramai yang tak tahu dan buat-buat tak tahu tentang pemakaian dan
penjagaan aurat yang sempurna..
saya sendiri masih bertatih mencari ruang kesempurnaan dalam mengerjakan syariat
ini.. setiap hari mengingatkan diri..
"betul dah ke pakai macam ni saahira?"
sisters,
kalau ketika ini kita masih tidak menyempurnakan syariat ini, tolonglah ambil masa
untuk berfikir sejenak.. KENAPA SEBENARNYA KITA BERTUDUNG..
saya juga menegur kerana saya SAYANG anda dan diri saya sendiri..
saya tak mahu lagi ada teguran kasar dari sanubari lelaki untuk gadis-gadis macam
saya..
kasar..tetapi benar..
maka, mari kita buang rasa sakit mereka, agar hilang kekasaran itu..
kita yang salah..maka kita betulkan..
bolehkan saudari-saudariku?
(^_^)
Sekian...
KHAS BUAT GADIS-GADIS CANTIK, PUTERI-PUTERI ISLAM
No comments:
Post a Comment